Friday, August 26, 2011

Chapter 2: Ragam shopping raya

Assalamualaikum and well hello there. (tehee!)

Memandangkan harini sudah masuk 27 Ramadhan, kebiasaannya dalam fikiran budak budak mahupun orang dewasa  adalah RAYA AIDILFITRI.

Jangan kencing gua lah beb kalau lu orang semua takde terdetik sedikit pun pasal raya. Orang omputih kata

"Don't pee me lah babe"

Aku baru balik dari bandar tengok barang barang raya yang belum dibeli lagi oleh family aku. (aku hanyalah pengikut tegar parent aku)
Dan seperti yang dijangkakan, disaat saat nak dekat raya ni, memang berduyun lah orang dekat bandar.

(Suasana di depan The Store)

Sedar tak sedar, dalam berebut rebut nak dapatkan barang barang murah, kita jarang sekali terfikir nak rebut pahala lagi lagi pada 10 malam terakhir Ramadhan ni kan. (peringatan buat aku jugak. sob3)

Okay, back to the main point, dalam mengikut family aku, aku telah memerhatikan masyarakat Malaysia yang berduyun duyun.(Nasib baik tak sampai juling). Dan apa yang aku dapat simpulkan.

Observation Dr Fox:





1) Anak anak kecil independent.
Kalau dulu budak kecik tak nampak parent sikit,mesti melalak, lepas tu akan ada annoucnement

"Kepada ibu bapa adik blablabla, sila ke kaunter customer service"(lebih kurang gitulah). 

Tapi pada hari ni, aku tengok banyak pulak bebudak kecik lari lari menyelinap dekat sebalik hutan baju The Store tu dengan suka rianya, mak bapak diorang yang gelisah mencari diorang. (Kini semuanya sudah berubah)

2) Mak Cik Pantas.
Pantang jualan baju 70%, 50%, 30%, 100% dengan sepantas kilat makcik makcik mesti berkerumun and mencapai apa yang ada. Mana yang cantik dan murah pasti dicekau dan dimiliki.

3) Suami bertapa
Banyak jugak aku tengok dekat setiap sudut bahagian The Store tu, para suami bertapa dengan muka kebosanan yang amat. Pantang ada kerusi (lagi lagi tempat jualan kasut) mesti duduk. Setiap kali pasangan minta pendapat, si suami hanya angguk, tanda ok and they will say,

"dah sudah ke ayang? nak balik dah?" (dengan suara kepenatan)

Kesian jugak menengoknye, rupa macam dah 5 jam menunggu.

4)  Si rambang mata.
Golongan ini pun ada jugak aku perhatikan. Mostly dari kalangan remaja. Parent duduk mengikut je ke mana hala tuju si anak remaja. Satu demi satu baju dipilih dan di test pakai, akhirnya keputusan yang diambil.

"semua cantiklah, tak tahu nak pilih mana, tak payah beli lah"(kebiasaannya berakhir dengan muka monyok)

Kesian parents, kesakitan kaki jalan lama sangat mengikut, last last tak beli apa pun.

Banyak lagi ragam manusia yang aku perhati tapi nak list panjang panjang tu macam kemalasan (teruk sungguh pemilik blog ni)

Apa-apa pun, selamat menyambut hari saya semua! (semangat)
Eh! Jangan lupa, jom sama sama merebut pahala dalam masa tiga malam terakhir ni jugak.

Hasta La Vista baby!

2 critics:

Sya_Merpati Putih 88 said...

situasi mamcam nie mmg biase kt lihat kat mana2 shopping complex bila nak raya mcm nie..huhuhu..

~Selamat hari raya(^_____^)

Chan said...

betul.. =,=

haha selamat hari saya jugak :D