Wednesday, August 31, 2011

Chapter 6: Raya dulu, raya sekarang lain beb.

Assalamualaikum and well hello there!

Fuhh, semalam sibuk sangat meyambut satu syawal sampaikan tak berupdate blog aku ni.

Malam ni baru ada terlintas nak update blog as jeles gila nak mati hidup tengok orang mengupdate pasal raya masing masing. (kuis kuis tanah)

Aku tak kemana sebab semua saudara mara berkumpul dan bertapak di rumah aku. Seriously, rumah aku sangat padat macam sardin.

Kita straight terus ke point kita di atas. Apa proof aku?

Dulu..
Aku lebih suka berkonvoi dengan member aku kutip duit raya. (muka tebal)
Sekarang..
Aku duduk je rumah, main game, duit raya datang sendiri dekat aku. (hebat tak aku?)

Dulu..
Aku pos kad raya dekat member member aku.
Sekarang..
Kredit handphone takde, guna facebook and twitter cukup. (kedekut. muahaha)

Dulu..
Jumpa cousin sebaya bagai nak rak main kejar kejar .
Sekarang..
Jumpa cousin yang muda aku yang dikejar dan dibuli depa. 

Dulu..
Makcik, pakcik, atuk, nenek jumpa aku mesti kata, 

"Macam amoi budak ni, kecik je dia.."

Sekarang..
Pakcik, makcik, atuk, nenek jumpa aku mesti kata

"Dah besar dah.. Bila nak kahwin ni? Tak lama lagi la ni yek?" 
(sumpah aku cuak bila ada makcik nak rekemen anak diorang dekat aku. Sori makcik saya tak rela)

Update yang sangat simple sebab aku kena jadi babysitter. sori.
So.Macam mana dengan korang? masih sama or dah lain jugak?

Hasta La Vista babe!

Sunday, August 28, 2011

Chapter 5: Teknik mengorat perempuan.

Assalamualaikum and well hello there world.

Harini entry jiwang lebih lebih sikit. (sila muntah dan batalkan puasa sekarang)


Aku terpaksa update sekarang sebab malam ni aku dah takde masa nak mengupdate. Al maklumlah anak dara mutant musang ni kena berjaga malam untuk persiapan hari esok.

Apasal aku buat tajuk seperti diatas?



Aku beritahu korang, korang tolonglah senyap senyap eh.
Ada mamat suka aku, tapi cara mereka salah and aku kesian dengan mereka (sebab aku reject depa)

Aku berikan contoh situasi taktik yang salah:

Mamat 1:
Mamat satu sedang duduk dengan machonya di tepi jalan. Tiba tiba sorang awek berbaju kurung sopan ayu gitu lalu.

Mamat : Hai cik adik, muka cik adik ni manislah.
Awek: Humph (jeling sombong)

Komen aku:
Wey, aku bagi nasihat ni, wahai kaum adam janganlah buat sebegitu, takde perempuan yang suka pun. 99.99% menyampah dengan taktik lelaki yang sebegitu. Korang kena tunjuk korang ni ego sikit. Buanglah tabiat buat bunyi cencorot tu (citt citt)

Mamat 2
Si awek sedang ber"facebook" .
Tiba tiba chat box terbuka:

Mamat: salam, awak, saya nak mengaku ni.
Awek: Hurm?
Mamat: Saya suka dekat awak.
Awek : ...

Komen : 
Comm'on lah brader. Lu pakai dah smart, muka dah macho, takkan mengaku suka dekat facebook/sms je? Percaya lah cakap aku, awek yang korang usyar mesti lari dari korang. Lain kali bila korang nak start chatting dengan dia. Barangkali si dia akan begini,



So apa penyelesaian bagi korang?

Ini aku bagi satu cara.

CADANGAN :

Korang upah member korang pergi mengusik awek yang korang berkenan tu.
Situasinya begini.

Orang upahan: (halang jalan awek) Hai , nak pergi mana? nak ikut boleh?
Awek: (muka ketakutan) er, saya nak cepat ni.
Orang upahan: Ala, sombongnya tapi takpe, comel. I like. (mula mendekati)
Awek: Eh apa ni, jangan dekatlah (terkejut)

Lepas tu korang pun yang konon kononnya jalan dekat dekat situ, berteriak dengan macho.

Mamat: Woi! Ape korang buat tu ha? (control macho)

Orang upahan korang pun berpura pura ketakutan lari dan langgar awek sampai buku dia jatuh. Masa ni lah korang mendekati si awek.

Mamat: Awak ok? (tolong kutip buku)
Awek: Hmm.. isk isk (start menangis)
Mamat: Awak janganlah nangis, diorang tu memang camtu. Suka mengacau orang cantik macam awak.
Awek: Terima kasih awak. (sedu)
Mamat: Takde apelah, takpe biar saya teman awak jalan ke kuliah. Nanti takut diorang kacau lagi awak(pancing)
Awek: Hm, ok. Thanks lagi sekali. (senyum comel). By the way nama awak sapa?
Mamat: Saya Shah, maybe awak tak perasan, kita satu kuliah dengan Prof Zainal.
Awek: Oh, saya Ira.. (muka berseri seri)

Ha, masa ni korang akan start rapat dengan dia, bila dah lama lama percayalah dia akan cair sama lu. Tapi kalau tak menjadi, jangan salahkan aku. Aku hanya beri cadangan. (senyum musang)

Hasta La Vista Baby!

Chapter 4: Pengakuan alam semesta.

Assalamualaikum and well hello there world (berbalik pada trademark lama gua)

Ehem ehem (berdehem yang sengaja dibuat)

Entri ini adalah untuk menjelaskan segala persoalan yang berlegar legar di kepala para blogger yang mengikuti hasil tulisan Doktor Fox.

Haduih. Ada yang mengatakan gua ni ---> Sarjan Keroro.


Yo dude, aku bukan dia. Dia bukan aku jugak. Aku perempuan melayu terakhir, belum lagi terfikir untuk buat pembedahan plastik tukar jantina jadi alien lelaki. (senyum control ayu)

Tak percaya? Sila rujuk blog lama gua.
Aku dikenali as Chan. Sarjan Keroro adalah subjek eksperimen 100692 aku.

Tapi dalam blog lama aku beridentitikan Chan je. Jadi jeng jeng jeng.

Doktor Fox= Chan.

Sesiapa yang tak pernah baca blog lama aku, sila lupakan niat nak bukak blog lama aku. (jangan bukak, sumpah bosan)

Aku bukak blog baru sebab 

"Blog lama aku tu harap je banyak follower  tapi traffic tak memberansangkan pun"

Disebabkan dulu aku banyak follower , niat aku berblogging dulu pun dah terpesong. Serious aku malu dengan diri aku yang lama. Jadi aku munculkan diri aku yang baru dengan niat blogging yang betul.

Again, to blogger citizens,
Sila lah percaya aku ni perempuan. (melutut merayu rayu)

Actually, kalau aku reveal siapa aku yang sebenar benarnnya di facebook, inshaAllah korang akan kenal aku (bajet famous)

Maaf sebab dulu aku tak berinteraksi sangat dengan para blogger. Tapi! Aku merupakan silent observer. Aku ni ala ala diam diam ubi berisi lah.(stalker terhebat)

So that is why macam macam jugak aku tahu pasal korang (kecuali newbie)

Last but not least,
"salam berblogging semua! lebiu all! "

p/s: Sarjan Keroro, harap Doktor dibenarkan me"reveal" pasal relationship kita disini. :)

Hasta La Vista Babe!


Saturday, August 27, 2011

Chapter 3: Mateusz Scott, lelaki dari Poland.

Harini aku lambat ke kuliah. Kelihatan Prof Jonathan Britmann sedang menyediakan slide show untuk pelajaran hari ini. Satu dewan kuliah pandang aku, sumpah malu! (mood: muka tebal)

Dengan muka selamba,aku pun duduk lah dekat tempat yang kosong. Sepanjang kuliah Human Physchology, terasa bahu aku dicuit beberapa kali, tapi sebagai pelajar bertauliah Poznań Universities of Medical Science, Poland aku buat buat dek je. (mood: skema)

Last last bila cuitan tu buat aku tak fokus, aku pun mula berteriak dekat si pengcuit.

"hey dude, what's wrong with you?"

Terpana mata aku bila bertentang dengan si pemilik mata biru. Mateusz Scott, pelajar Medical lahiran Poland tersenyum memandang aku. Dihulurnya satu kertas. (mood: berfikiran positif)


Selepas kelas aku menanti si mamat mata biru. Akhirnya dia muncul dengan berkemeja hitam. Ditariknya lengan aku, entah kemana nak bawa aku pun tak tahu. Suka hati dia je nak tarik tarik aku, nasib baik berlapik baju.

Sepanjang hari dia bawa aku berjalan, entah apa motif aku pun tak pasti. (mood: terpinga pinga)

Sampai ke malam, dibawanya aku ke tengah tengah bandar Poznań. Berduyun manusia yang berkumpul dekat situ.

Subhanallah memang cantik permandangan malam tu. Penduduk Poznań rupanya ada upacara melepaskan floating lantern. (mood: teruja)

Scott pun memegang satu lanterns, konon nak ajak aku lepaskan bersama-sama, tapi aku taknak. Aku just nak tengok sebab takut silap langkah terbakar pulak lantern tu. At least, aku sempat snap gambar dia.

Scott diapit oleh dua Polish girl.

Selepas puas cuci mata melihat lelaki Polish yang hensem permandangan yang indah. Akhirnya Scott bawa aku pulang ke rumah sewa aku. 

Di depan pintu rumah sempat dia bisik,

"Kocham cię" 

Aku terkejut bagai nak rak. Macam mana lelaki Polish boleh syok dekat aku pulak? Sambil tersengih aku menjawab,

"Przepraszam, że mam chłopaka"

Tiba tiba, aku terjaga. MashaAllah. Mimpi rupanya. (muka berkerut)

Hasta La vista babe!

Nota kaki: Mana mana ayat yang korang tak faham sila guna google translate, from POLISH to ENGLISH

Friday, August 26, 2011

Chapter 2: Ragam shopping raya

Assalamualaikum and well hello there. (tehee!)

Memandangkan harini sudah masuk 27 Ramadhan, kebiasaannya dalam fikiran budak budak mahupun orang dewasa  adalah RAYA AIDILFITRI.

Jangan kencing gua lah beb kalau lu orang semua takde terdetik sedikit pun pasal raya. Orang omputih kata

"Don't pee me lah babe"

Aku baru balik dari bandar tengok barang barang raya yang belum dibeli lagi oleh family aku. (aku hanyalah pengikut tegar parent aku)
Dan seperti yang dijangkakan, disaat saat nak dekat raya ni, memang berduyun lah orang dekat bandar.

(Suasana di depan The Store)

Sedar tak sedar, dalam berebut rebut nak dapatkan barang barang murah, kita jarang sekali terfikir nak rebut pahala lagi lagi pada 10 malam terakhir Ramadhan ni kan. (peringatan buat aku jugak. sob3)

Okay, back to the main point, dalam mengikut family aku, aku telah memerhatikan masyarakat Malaysia yang berduyun duyun.(Nasib baik tak sampai juling). Dan apa yang aku dapat simpulkan.

Observation Dr Fox:





1) Anak anak kecil independent.
Kalau dulu budak kecik tak nampak parent sikit,mesti melalak, lepas tu akan ada annoucnement

"Kepada ibu bapa adik blablabla, sila ke kaunter customer service"(lebih kurang gitulah). 

Tapi pada hari ni, aku tengok banyak pulak bebudak kecik lari lari menyelinap dekat sebalik hutan baju The Store tu dengan suka rianya, mak bapak diorang yang gelisah mencari diorang. (Kini semuanya sudah berubah)

2) Mak Cik Pantas.
Pantang jualan baju 70%, 50%, 30%, 100% dengan sepantas kilat makcik makcik mesti berkerumun and mencapai apa yang ada. Mana yang cantik dan murah pasti dicekau dan dimiliki.

3) Suami bertapa
Banyak jugak aku tengok dekat setiap sudut bahagian The Store tu, para suami bertapa dengan muka kebosanan yang amat. Pantang ada kerusi (lagi lagi tempat jualan kasut) mesti duduk. Setiap kali pasangan minta pendapat, si suami hanya angguk, tanda ok and they will say,

"dah sudah ke ayang? nak balik dah?" (dengan suara kepenatan)

Kesian jugak menengoknye, rupa macam dah 5 jam menunggu.

4)  Si rambang mata.
Golongan ini pun ada jugak aku perhatikan. Mostly dari kalangan remaja. Parent duduk mengikut je ke mana hala tuju si anak remaja. Satu demi satu baju dipilih dan di test pakai, akhirnya keputusan yang diambil.

"semua cantiklah, tak tahu nak pilih mana, tak payah beli lah"(kebiasaannya berakhir dengan muka monyok)

Kesian parents, kesakitan kaki jalan lama sangat mengikut, last last tak beli apa pun.

Banyak lagi ragam manusia yang aku perhati tapi nak list panjang panjang tu macam kemalasan (teruk sungguh pemilik blog ni)

Apa-apa pun, selamat menyambut hari saya semua! (semangat)
Eh! Jangan lupa, jom sama sama merebut pahala dalam masa tiga malam terakhir ni jugak.

Hasta La Vista baby!

Wednesday, August 24, 2011

Chapter 1: Baby steps.

Assalamualaikum (sengih lebar) dan salam sejahtera semua!
Memandangkan ini entry pertama aku, aku kenalah buat mukadimah "panjang-panjang". (sarcastic)

Bagi sesiapa yang mengenali diri penulis dan tukang karut blog ini sila selotape mulut anda dan ikat jari jemari anda jika anda gatal gatal nak beritahu dekat depa semua siapa "AKU".

"Gua bilang sama lu, lu bagitahu diorang sapa gua tanpa pengetahuan gua, gua cari lu sampai lubang jamban" 

Aku adalah Megan Doctor Fox.

Ulangan:
DR. FOX


Berbalik pada tujuan asal aku menaip entri ini. kenapa dan mengapakah aku mengambil keputusan memiliki blog ini? 

Aku bagi 5 sebab:


1) Sebab aku nak jadi famous. (walamak! perasan nak mampus, tunggu lampu jalan berbuah lah weh kalau nak jadi famous)

2) Sebab mahu menambah kenalan. (seriously, aku mengaku, aku ni "peramah" lah sangat. #matakeatastangankedada)

3) Sebab tiba tiba brain aku hantar signal dekat tangan suruh menaip (sila rujuk tajuk nervous systems, Biology)

4) Kerana saya mahu menajamkan minda saya, dan mengembangkan idea saya. (sumpah skema! :O )

5) Sebab aku tak de kerja nak dibuat. (ini aku tipu.)

Dah cukup "panjang" rasanya mukadimah aku ni. (lap peluh dahi) 
Korang pun mesti naik juling mata kan kalau nak baca mukadimah yang membosankan panjang sangat?

That's all from me, nice to meet you guys, and do vote for me yah Malaysia, Brunei and Singapore! (tiba-tiba)

Hasta la vista baby!