Sunday, October 9, 2011

Chapter 13: You are not alone.

Salam dan well hello here boy and girls!

Simple posting sebab aku busy nak mampus lah beb. Ampun yang amat.

Lately, semua rakan rakan aku amat lah tertekan. Mana taknya kalau tak lepas point maka takkan fly lah. (aku pun tak terkecuali mengalami tekanan)

Maka doakanlah yang terbaik untuk kami. (inshaAllah)

Tapi pernah tak kita terfikir bila tension.

"argh! semua mende tak masuk! bingai betul aku ni!"

or maybe uols pernah mengalami situasi ini,

"Hm, semua tak ambil kisah pasal aku dah" 
(semata mata tak dapat selesaikan mathematics)

"apahal bengap benor ni."

"dammit! itu pun salah buat!"

Ni normal dikalangan pelajar mahupun pekerja. Aku sendiri banyak dengar mende mende ni dalam kehidupan seharian aku. (lebih lebih lagi waktu sekarang)

Tapi pernah tak hampa semua terlintas kat fikiran hampa yang,

"Hangpa semua tak keseorangan?"

Pasti ada yang jawab,
"hotak hang! Boyfriend/gf dah lah tak faham aku, parent pulak asyik mengharap, tensi aku duh."

Tepuk dada anya iman lah beb, wahai muslim sekalian, bukan hampa semua ada Allah ke?

Apa apa pun kita kena berbalik pada Allah. Sebab cinta Allah itu yang agung.


Janganlah bila ada masalah duk menangis mengadu dekat boyfriend or girlfriend.

Bila rasa tak kena je, bergantung harapan sepenuhnya dengan parent.

Or maybe bila rasa tak sedap hati terus mengadu domba dengan kawan.

kalau korang bergantung sepenuhnya dengan teman duniawi tu, apa jadi jika Allah tarik semua nikmat hampa tu dari hampa? Aku konfem korang rasa LONELY. nanti mesti tweet kat twitter kata #FOREVERALONE.

Muhasabah balik beb, Allah s.w.t itu Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar. Dia sentiasa ada untuk kita, tapi kita yang selalu tak ingat Allah. Subhanallah.

Sekian, ini sebagai peringatan ringkas untuk semua dan juga diri aku. Sama sama lah kita istighfar dan muhasabah diri balik.

Semoga kita dapat membentuk diri kita sebagai individu Muslim yang sempurna dan akhirnya membawa Islam kembali ke stage "Ustaziatul Alam". InshaAllah.

Hasta La Vista Babe!

Saturday, October 1, 2011

Chapter12: Perangai awek yang lelaki tak suka.

Salam and well well we meet again.


Seperti yang dijanjikan. Seminggu sekali. Maka harini kita bertemu kembali. Rindu aku tak? Mestilah rindu kan? kan?
Ok fine aku syok sendiri. (kuis kuis tanah)

But nevermind, asal aku dapat update blog sudahlah.

Ok, tak mau cerita panjang panjang. Baru baru ni aku teringat beberapa aduan daripada kaum adam berkenaan perangai awek awek depa.

Aku pun tak faham awatlah depa ni pi ngadu dekat aku. Ingat aku ni kaum sejenis depa ke ape.

Tapi daripada aduan aduan mereka tu, ada jugaklah yang aku makan dalam(sebab aku sendiri pernah buat).
Tapi dari cerita merekalah aku try kawal perangai yang tak digemari tu.

Jadi aku ingat nak habaq lah kat blog ni , so that all girls may know what kind of attitude that boys do not like.

1) Merajuk melampau lampau.

Kita as perempuan memang dikatakan fragile mengalah kaca ke"fragile"an nya. Sikit sikit nak merajuk tu agak payah la bagi kaum adam. Kalau sekali dua takpa, tapi kalau dah tiap hari nak merajuk, kalau aku jadi pakwe pun naik menyampah. Jadi pandai pandailah kawal.

2) I am the only girl in this world.

Ini lebih kepada queen control aku rasa. Mana mana laki tu nak pi korang nak berkepit, menurut member laki aku, ada kes sampai dia nak pi repair motor pun nak ikut, nak gi tandas awam time dating pun nak ikut.. Janganla camtu babe, give him some time. Dia bukan seven eleven.

3)Boys are 24 hours services.
Aku malas nak ulas sebab mende ni sangat common, baru sopoloh minit tak reply, dah nak melenting, kalau boleh 24 hours nak mesej. Bankrupt la kalau camtu, mana taknya setiap masa nak tau "awak dekat mana", and "awak buat apa". Babe, kita perempuan, kalau jarang contact nanti orang rindu kita, bila rindu makin sayang. Jadi biar jarang contact nanti makin sayang (tapi korang jangan pi carik jantan lain pulak)

4) Syak wasangka
Ni pun mende common. Sama je macam situasi no 3, it just beza dia, sopoloh minit tak reply, terus call, kalau tak angkat start la fikir bukan bukan. "dia dah tak sayang aku lah tu". "ha, mesti keluar dengan perempuan lain". Hish, mampuslah camtu, kalau gi berak pun korang fikir lain, kesianlah laki tu.

5) Queen of Jealousy.
Ni pun satu hal, sikit sikit nak jeles. Memangla jeles tu necessary kalau kita dah sayang orang tu tapi kalau sampai tahap laki tu tak boleh nak berkawan dengan perempuan lain macam bese tu kira susahlah tu. Kalau korang jeles sangat, lama lama mau laki tu tawar hati, and tinggalkan korang.

Well, ni mende common yang member laki aku share dengan aku. Ada jugak yang fedup dengan awek diorang sebab mende mende camni.

Jadi girls, aku sebagai kaum sejenis korang, aku nak seru korang. Jom bersama sama kita tunjukkan kat laki yang kita ni tak macam yang seperti 5 perkara yang dilist di atas. Kalau panas hati, simpan, pastu istighfar, nanti sejuklah hati. Kalau tak tahan sangat bawaklah berbincang.

Tapi jangan korang pi percaya sangat kat laki pulak, nanti lain pulak jadinya. Jangan mudah percaya and cair dengan laki ok? Ingat kita kaum yang lemah.

Perangai yang tak digemari tu biar terkawal supaya tak over.

So itu sahaja untuk hari ini. Peace!

hasta La Vista Babe!