Sunday, September 25, 2011

Chapter 11: 10 selebriti serupa tapi tak sama

Assalamualaikum and well hello there world!

Haii! aku sudah kembali! Tapi simple jelah, aku kepenatan beb. So sila kesian dengan aku ok?

Straight to the main point.

Dalam dunia ni, hampa semua tahu kan? Kita ada pelanduk dua serupa. Approximately dalam 7 orang dalam dunia ni dikatakan serupa ala ala muka kita. (fakta yang aku sendiri tak pasti)

10) KATY PERRY DAN ZOOEY DESCHANEL
Aku rasa tak perlu aku beritahu lebih lanjut pasal Katy Perry. Hampa semua konfem kenal dia kan? Penyanyi lagu ala ala Lesbian I kissed a girl dan mempunyai aset yang sangat mantap dalam video klip beliau. Tapi aku rasa aset dia tu yang melariskan album dia. Yang si baju biru tu Zooey, sama kan? samakan? Sapa sapa yang tak kenal, sila tonton movie 500days of summer dengan muka yang blur dan innocent. Sumpah korang akan cair dengan muka comel dia tu!

9) CHAD SMITH DAN WILL FERRELL
Errr, Chad smith ni drummer Red Hot Chili Peppers. Will Ferrel tu comedian, dia ada belakon dalam Megamind tu. (selebihnya tak tahu nak komen apa)

8) NATALIE PORTMAN DAN KEIRA KNIGHTLEY
Sumpah sama! Aku tengok pun macam tak boleh beza. Natalie Portman ni dia dapat anugerah pelakon wanita terbaik untuk filem BlackSwan. Keira ni dia berganding dengan si lanun Jack Sparrow yang hot dalam cerita Pirates Of Caribbean. (woot woot)

7) IAN SOMEHALDER DAN CHACE CRAWFORD
Yang kiri ni cik abang vampire yang jahat (Vampire Diaries)tapi apa aku kisah  dia jahat or apa ke, asal dia hot kan? Bagi kipas susah mati Gossip Girls yang cik abang belah kanan tu korang mesti kenalkan? Sekali pandang menjerit jerit sebab fanatik gila dengan dia kan?

6) PENELOPE CRUZ DAN PAZ VEGA
Krikkrikkrik(bunyi cengkerik). Sorry maam, gua tak tahu sangat pasal lu orang. So no komen, just nak kata korang serupa lah. (muka blur)

5) KEVIN ZEGERS DAN ZAC EFRON
Kevin Zegers ni pelakon gossip girls jugak.(perhatian bagi semua peminta fanatik gossip girls jangan menjerit depan laptop anda). Pelanduk dua serupa dia si kacak Zac Efron, pelakon high school musical yang famous tu la yang korang gila-gilakan tu.

4)KATE MIDDLETON DAN LAUREN CONRAD
Dua dua kaya dan hot. Yang si biru tak available dah, kalau tak memang mampus nak kena dengan Prince William. Yang lagi sorang tu aku tak pasti, pandai pandailah search sendiri ye. (kemalasan)

3) JAVIER BARDEM DAN JEFFREY DEAN MORGAN
Ni pun aku tak tahu apa jadi.. sekali lagi krikkrikkrik.

2) MAGGIE WHEELER DAN AMY WINEHOUSE
Maggie aku tak tahu apa apa pasal dia yang aku tahu sikit je pasal Amy Winehouse, beliau mati disebabkan dadah. (seriously aku kuno sikit bab bab selebriti ni)

1) KESHA DAN JOHN TRAVOLTA
Ni gurauan semata mata. LOL!
Tehee!

Itu je lah artis artis yang serupa tapi tak sama. Seriously korang sendiri mesti ada yang terkeliru kan? Aku dah pernah jumpa kembar muka aku. Korang macam mana? Pernah jumpa tak?

p/s: Sumpah rasa hot kalau muka sama dengan pelakon hot dan famous.
p/p/s: Perasan tak? makin lama makin sikit komen aku untuk artis yang look alike ni? (Gelak nakal)

Hasta La Vista Babe!

Monday, September 19, 2011

Chapter 10: Larangan ketika bercakap dengan awek.

Assalamualaikum and well hello there boys and girls.

Sorry aku jarang update. Tapi blog ini officially aku update seminggu sekali je. So pandai pandai koranglah terjah bila masa patut okeh (bajet ade kipas susah mati)

Ok, tak mahu bebel panjang panjang, kita masuk dengan mata pelajaran hari ini.

Gua mahu share tips bagi kaum adam yang berawek. sebab gua rasa sharing is caring. (apekah?)

1) Jangan cakap malu malu

Korang kan lelaki, malu malu jugak. Tapi macho tu perlu ada beb. Control macho sikit tapi jangan over. Kalau korang malu malu, ini yang bakal terjadi ketika korang berkomunikasi dengan awek korang..

Awek: (senyap) ermmm... (muka merah padam)
Boboi: Er.. a..a.. a..
Awek: ah.. ah..
Boboi: ah?
Awek: Ah.. ah.. ahmad.. (rentak lagu Ahmad-nyanyian Arrora Salwa)
Boboi: Hikhik (senyum malu)

2) Jangan tengking

Suara korang kalau dah besar jangan lah naikkan lagi. Konon taknak kena queen control lah korang nak tengking tengking. Contoh adegan tengking menengking.

Awek: huh! (merajuk)
Boboi: tengok tu! arghh! sikit sikit merajuk! (suara besar dan pitch tinggi)
Awek: Kenapa pun?!
Boboi: Pehal nak merajuk rajuk ni?? (bertambah hangat)
Awek: (lempang Boboi)

Ha, kan last last kena lempang. So, control suara korang tu ok?

3) Ungkit hal lama

Kalau tengah hangat bercinta janganlah ungkit kisah lama si gadis or korang sendiri. Sebab hasilnya akan jadi macam ni

Awek: You will be my last..
Boboi: Gaya you cakap ni buat i teringat dekat..
Awek: Macam sapa?
Boboi: My first one.. sorry
Awek: Oh.. you mesti sayang dia sangat kan?
Boboi: Dululah.. now dah tak..
Awek: Oh.. (tahan panas di hati, balik bilik terus merembeskan air mata tanpa henti)

p/s: mungkin ada juga adegan melempar barang barang seperti plush toy ke dinding berkali kali. (jangan tiru aksi ini)

4) Angkat phone and layan call tu.

Percayalah, kalau korang buat camni, adegan ini bakal berlaku.

awek: so.. you nak pergi..
(kringkring bunyi telefon)
boboi: kejap ye sayang..
awek:ok.
boboi: (angkat telefon) haa, awat? ohh kau ke.. (and the boring conversation goes on for half an hour)
awek:... (terus belah meninggalkan boboi)

5) Buat muka bosan

Jangan sesekali korang buat muka toyar time awek korang bercerita. Contoh adegan.

Awek: you, you nak tahu tak? bla bla bla..
Boboi: hmm, oh yeke.. baguslah (muka bosan)
Awek: You dengar tak ni?
Boboi: Ha, dengar.. (reaction muka still sama)
Awek: Yela tu.. (muka bengang)
Boboi: Betul (suara monotonous)
Awek: Tipu sangat.. (terus berlalu pergi)
Boboi: zzz (tertidur)

Perempuan ni sensitip beb. So pandai pandailah jaga ek hati diorang.. Kalau korang jaga hati diorang, inshaAllah diorang pun akan jaga hati korang.

Tapi kalau diorang tak jaga hati korang, korang nasihatkanlah wanita sebegitu bagi diorang faham korang alrite?
Aku pun tak boleh nak tulis panjang panjang. Itu jelah ok setakat ni. Sambungan? mungkin minggu depan.

sekian, kbaiii

Hasta La Vista Babe!

Friday, September 9, 2011

Chapter 9: Binatang bertopengkan manusiakah kita?

Assalamualaikum and well hello there.

Maaf jika tajuk di atas agak kasar. Tapi tajuk ini dipetik dari satu ungkapan yang aku dengar dari sorang ustaz yang pernah bagi ceramah dekat aku time aku sekolah sekolah dulu.

"Binatang atau manusia kah kita?"

Soalan yang nampak kasar tapi sebenarnya memang patut dipersoalkan pada diri kita.

Entry ini untuk muhasabah diri balik. Kira duduk sebentar untuk iman lah. Jika tak mahu takpe, boleh tutup blog ini dengan menekan [X]

Macam aku cakap tiada paksaan untuk membaca entry ini. (kalau korang paksa diri korang up to koranglah)

Straight to the main point. Kenapa muncul persoalan sebegini? Manusia sama ke dengan binatang?

Dekat sini aku dah buat beberapa survey and memang sah kita ni ada ala ala binatang. Malah ada segelintir lagi teruk dari binatang. (maaf jika tersalah bicara, terkasar bahasa)

Contohnya.

1) Sifat kasih sayang
Orang Utan ni bukan dari Sepilok Sabah. Tapi gua cilok dari google. Tapi tu bukan main point gua. Korang tengok cara mama orang hutan tu pegang anak dia. Cuba kauorang culik anak dia bawak lari, aku boleh jamin mama orang utan tu akan kejar korang habis habisan.

Tapi apa jadi dengan kita, as manusia nowadays?

Senang senang buang baby. Wei! Dah pandai buat please lah jaga. Jangan lah buang. Kalau payah sangat nak jaga, bak mai bagi aku. Aku rela jaga. (seriously, kenapa nak buang anak yang tak bersalah? sobs)

2)  Bergurau senda
Haiwan pun tahu nak bergurau senda dengan pasangan mereka sendiri. Sama sahaja macam manusia. Tapi manusia kadang kadang bergurau sampai menjadikan pasangan mereka itu sebagai boneka.

Bermesra sangat sampaikan tak tahu menghargai pasangan sendiri dan memainkan perasaan orang lain. Inikah manusia? Malah melampaui batas ketika bergurau, tidak banyak bezanya dari binatang jika macam tu kan? (kecewa)

3) Patuh pada tuan
Anjing merupakan haiwan yang patuh pada tuannya, iaitu manusia.

Tapi, aku wondering, haiwan pun patuh pada tuannya. Tapi manusia kenapa susah nak patuh pada tuannya? Kadang kadang sampai lupa yang kita ni ber"tuan"

Susah sangatkah nak solat? Menutup aurat? Melakukan amar makruf nahi mungkar? Dengan erti kata lain mematuhi tuan kita, Allah SWT.

Entry ini untuk peringatan bagi kita semua. Aku sendiri pernah tersilap langkah. And aku taknak menda tu terjadi dekat hampa semua. (lap air mata sendiri)

Seriously jangan jadikan diri anda sebagai binatang. Jadilah manusia yang paling berguna di muka bumi ini.

Kita diciptakan dengan akal. Maka gunakan akal tu sebaik mungkin.

Peringatan bagi semua kerana antum semua adalah saudara saya.

Hasta La Vista Babe!

Wednesday, September 7, 2011

Chapter 8: Zaman zaman tadika

assalamualaikum and well hello again!

Aku akui, aku bukan jenis mengupdate blog aku ni hari hari. Tapi at least aku update kan? (krikkrikkrik~bunyi cengkerik)

Harini tiba-tiba time aku bukak past year paper biology A level aku, aku terfikir

"Tahun depan aku dah dopoloh tahun, mak aih, tua dah eden ni, kojap ajo"

Seriously, aku rasa aku baru je lahir ke dunia semalam (pffft, ni sumpah tipu)

Ahad ni aku dah nak kembali ke kolej, meneruskan perjuangan sebagai pelajar and merebut peluang nak jadi pelajar tajaan MARA ke Poland.

Bila difikirkan balik, makin lama, hidup makin susah. Masa kecik kecik dulu aku ingat bila makin tua makin enjoy hidup (kepala hotak hang Dr Fox)

Masa kecik kecik dulu lagi enjoy and bodohbodoh pandai.

Masa tadika tadika apa yang aku ingat

1) Time sesi fotografi kelas
Aku budak tadika cina swasta(Jangan suruh gua speaking mandarin, sumpah gua dah lupa). Memang yang perempuan wajib pakai skirt pendek paras atas lutut lah kan.
Lebih kurang macam ni lah, tapi aku punya warna pink and tak pakai topi

Time umur aku 5tahun, aku kena duduk mencangkung instead of dapat berdiri or duduk atas kerusi. So aku pun mencangkunglah bersama-sama beberapa budak cina lain. Sumpah malu sebab seluar dalam nampak kot dalam gambar. (pengajaran: Masa tadika pergi sesi fotografi pakailah seluar dalam terbaik yang kamu ada)

2) Best Friend Forever
Aku ada sorang je kawan baik melayu, yang lain semua cina and aku ingat lagi nama budak melayu tu, Eddy.


Dulu aku suka main kahwin kahwin dengan dia. Time belajar pun jadi suami isteri beb. Disebabkan kepercayaan kepada dia yang melampau, aku pernah melurus bendulkan diri aku percaya cakap dia yang makan kertas tu elok.

Jadi dia pernah sumbatkan kertas dalam mulut aku and paksa aku telan. Bila dah telan, dia pegang tengkuk aku dan cekik. Alasan beliau

"Kertas ni tersekat kat tekak awak, biar saya turunkan"

3) Sharing is caring
Dulu mak aku belikan aku pencil box yang ada magnet tu. Lebih kurang camni lah bentuknya

Aku ingat lagi time tu pencil box tu mahal nak mampus tapi ak aku belikan jugak untuk aku. Bila time kat tadika, member cina aku kata nak tukar pencil box aku, pencil box dia ada mainan atas dia yang ala ala pin ball tu, so aku pun tertarik dan tukar pencil box dengan dia.

Bila balik rumah, mak aku mengamuk habis dengan aku sebab tukar pencil box baru aku dengan orang punya. (lepas tu aku mengamuk dekat tadika pulak ugut budak tu bagi balik pencil box aku-gengster-)

4) 100%
Dulu time exam, aku rasa aku budak paling hebat dalam tadika tu. Sebab tiap kali exam aku mesti dapat 100% dalam semua subjek. (bangga nak mampus). Mana taknya exam pun senang nak mampus, setakat sambungkan titik nak membentuk satu huruf tu je kot. (gelak besar).

Haih, kalaulah Cambridge A Level sesenang begitu, alagkah bagusnya.(heaven)

5) Makanan free
Dulu tak payah nak fikir bawak duit or lunch box, ada makanan tersedia dekat tadika. Tapi sumpah aku tak mahu makan bubur buatan cikgu aku. Rupanya sangat tak menarik dan bila dapat bubur aku suka buang ke sinki. Tapi satu hari terkantoi dengan cikgu cina aku. Memang lepas tu aku melalak sebab kena marah.

#aku bagi korang gambaran bubur tu: Air garam jernih and ada dua tiga kacang tanah, bersama sama butir butir nasi yag tak hancur.

6) Tandas bergerak.
Dulu ada sorang budak gempal gempal sikit badan dia baru masuk kelas aku. Time tu kelas mandarin kalau tak salah aku. Tiba -tiba bau semerbak, bila aku toleh belakang, nampak selambak taik atas lantai.
 Budak baru tu melepas dekat situ, semua budak dalam aku  pun apa lagi...

"euuuuw"

aku pulak? Tutup hidung dengan buku aktiviti aku, dan akhirnya aku muntah selambak atas baju uniform aku. Memang terbaiklah. Lepas tukar baju, cikgu terus hantar aku balik rumah awal.

Bila diingat ingat balik, time tadika aku ni memang nenek lawak. Suka sangat buat mende pelik and tak tahu malu.(seriously rasa nak gali lubang and tanam diri sendiri)

And aku akui dulu aku amatlah lurus bendul. Abah aku siap tipu aku kata internet takde waktu malam. (sampai hati abah tipu akak)


Tapi pengalaman buat kita lebih matangkan? Aku dah share aku punya cerita. Korang? Ada berani nak cerita?


Hasta La Vista Babe!

Monday, September 5, 2011

Chapter 7: Couple couple panas.

Assalamualaikum and well hello there!
Sori beb lama gila nak mampus aku tak update blog aku. (kesibukan yang melampau jadi babysitter dan penagih game tegar)

Ok, malas aku nak bebel panjang panjang sebab aku tahu masyarakat kita nowadays tak suka pun orang merapu panjang-panjang.(termasuk diri aku)

Akhir akhir ni, aku berjalan dekat Jaya Jusco(tempat melepak yang best bagi semua peringkat umur)
Dan aku tengok banyak jugak pasangan pasangan yang hangat bercinta melepak jugak.

Maka aku pun teringatlah dengan masalah member aku.(termasuk diri aku jugak dulu dulu)

Apa masalahnya?

Disini ada beberapa persoalan yang timbul ketika bercinta dan pernah ditanya dekat aku tapi aku tak sempat nak jawab. Gua pun tak tahu apa pasal gua jadi tempat rujukan, gua bukan ada PHD mata pelajaran cinta pun.

Tapi takpe, aku usahakan jugak menjawab.(muka bajet professional)

Soalan pertama,

"Weh, awek aku selalu merajuk, sumpah aku menyampah dengan dia, tapi camne nak pujuk ha?"
-bro sadis-

Jawapan aku:
Kalau lu dah menyampah dengan awek lu yang selalu merajuk, lu break up jelah, tak payah lah nak cakap belakang doh pasal lu menyampah dengan awek lu. Cuba jadi jujur depan awek. (gelak jahat)

Soalan kedua,

"Boyfriend saya selalu suruh saya contohi ex gf dia, apa patut saya buat?"
-gugurl-

Jawapan aku:
Kau pergi Jabatan Pendaftaran, pergi tukar nama kau jadi nama ex gf dia. Then pergi buat pembedahan plastik bagi sebijik muka kau macam ex dia. Gua gerenti dia terlopong lepas jumpa tu.

Soalan ketiga,

"Aku dapat tahu awek aku main belakang aku. Tapi aku nak dia mengaku sendiri, so ape patut aku buat beb?"
-mat jambu-

Jawapan aku:
Tak payah tunggu dia mengaku, kau jumpa dia kau lempang je perempuan tu. Aku tak suka orang orang curang ni.

Soalan keempat:

"Beb, gua ni lelaki, tapi gua tak minat awek awek ayu ni, gua minat sorang penkid ni. macam mana ni beb?"
-mat pelik-

Jawapan:
Seriously, senang  gila. Kau jadi lah bapok paling cun dalam dunia. Lepas tu baru kau try tackle penkid tu.



Soalan terakhir,

"Saya sayang sangat dengan boyfriend saya tapi saya tak pasti dengan perasaan dia dekat saya."
-gadis sedih-
Jawapan aku:
Kau menyelinap masuk bilik dia then kau curik diari. Diari dia aka jawab segala persoalan kau. (kuno)

Ha, ada banyak lagi soalan yang pernah ditanya dekat aku. Tapi jari aku dah berpeluh.. So setakat ni jelah yek. (lap peluh jari)



Hasta La Vista Babe!