Friday, September 9, 2011

Chapter 9: Binatang bertopengkan manusiakah kita?

Assalamualaikum and well hello there.

Maaf jika tajuk di atas agak kasar. Tapi tajuk ini dipetik dari satu ungkapan yang aku dengar dari sorang ustaz yang pernah bagi ceramah dekat aku time aku sekolah sekolah dulu.

"Binatang atau manusia kah kita?"

Soalan yang nampak kasar tapi sebenarnya memang patut dipersoalkan pada diri kita.

Entry ini untuk muhasabah diri balik. Kira duduk sebentar untuk iman lah. Jika tak mahu takpe, boleh tutup blog ini dengan menekan [X]

Macam aku cakap tiada paksaan untuk membaca entry ini. (kalau korang paksa diri korang up to koranglah)

Straight to the main point. Kenapa muncul persoalan sebegini? Manusia sama ke dengan binatang?

Dekat sini aku dah buat beberapa survey and memang sah kita ni ada ala ala binatang. Malah ada segelintir lagi teruk dari binatang. (maaf jika tersalah bicara, terkasar bahasa)

Contohnya.

1) Sifat kasih sayang
Orang Utan ni bukan dari Sepilok Sabah. Tapi gua cilok dari google. Tapi tu bukan main point gua. Korang tengok cara mama orang hutan tu pegang anak dia. Cuba kauorang culik anak dia bawak lari, aku boleh jamin mama orang utan tu akan kejar korang habis habisan.

Tapi apa jadi dengan kita, as manusia nowadays?

Senang senang buang baby. Wei! Dah pandai buat please lah jaga. Jangan lah buang. Kalau payah sangat nak jaga, bak mai bagi aku. Aku rela jaga. (seriously, kenapa nak buang anak yang tak bersalah? sobs)

2)  Bergurau senda
Haiwan pun tahu nak bergurau senda dengan pasangan mereka sendiri. Sama sahaja macam manusia. Tapi manusia kadang kadang bergurau sampai menjadikan pasangan mereka itu sebagai boneka.

Bermesra sangat sampaikan tak tahu menghargai pasangan sendiri dan memainkan perasaan orang lain. Inikah manusia? Malah melampaui batas ketika bergurau, tidak banyak bezanya dari binatang jika macam tu kan? (kecewa)

3) Patuh pada tuan
Anjing merupakan haiwan yang patuh pada tuannya, iaitu manusia.

Tapi, aku wondering, haiwan pun patuh pada tuannya. Tapi manusia kenapa susah nak patuh pada tuannya? Kadang kadang sampai lupa yang kita ni ber"tuan"

Susah sangatkah nak solat? Menutup aurat? Melakukan amar makruf nahi mungkar? Dengan erti kata lain mematuhi tuan kita, Allah SWT.

Entry ini untuk peringatan bagi kita semua. Aku sendiri pernah tersilap langkah. And aku taknak menda tu terjadi dekat hampa semua. (lap air mata sendiri)

Seriously jangan jadikan diri anda sebagai binatang. Jadilah manusia yang paling berguna di muka bumi ini.

Kita diciptakan dengan akal. Maka gunakan akal tu sebaik mungkin.

Peringatan bagi semua kerana antum semua adalah saudara saya.

Hasta La Vista Babe!

5 critics:

sergeant keroro said...

nice sharing, sama-sama ambil ingatan :)

Luqeem™ said...

manusia dikurniakan akal untuk berfikir tapi bernafsukan binatang..

sergeant keroro said...

alien pon boleh jugak? :P

Bella said...

T_T...
Terima kasih atas peringatan...

GedadoDicaprio said...

manusia mudah lupe yang mereka ini manusia...#truestory