Aku akui, aku bukan jenis mengupdate blog aku ni hari hari. Tapi at least aku update kan? (krikkrikkrik~bunyi cengkerik)
Harini tiba-tiba time aku bukak past year paper biology A level aku, aku terfikir
"Tahun depan aku dah dopoloh tahun, mak aih, tua dah eden ni, kojap ajo"
Ahad ni aku dah nak kembali ke kolej, meneruskan perjuangan sebagai pelajar and merebut peluang nak jadi pelajar tajaan MARA ke Poland.
Bila difikirkan balik, makin lama, hidup makin susah. Masa kecik kecik dulu aku ingat bila makin tua makin enjoy hidup (kepala hotak hang Dr Fox)
Masa kecik kecik dulu lagi enjoy and
Masa tadika tadika apa yang aku ingat
1) Time sesi fotografi kelas
Aku budak tadika cina swasta(Jangan suruh gua speaking mandarin, sumpah gua dah lupa). Memang yang perempuan wajib pakai skirt pendek paras atas lutut lah kan.
Lebih kurang macam ni lah, tapi aku punya warna pink and tak pakai topi
2) Best Friend Forever
Aku ada sorang je kawan baik melayu, yang lain semua cina and aku ingat lagi nama budak melayu tu, Eddy.
Dulu aku suka main kahwin kahwin dengan dia. Time belajar pun jadi suami isteri beb. Disebabkan kepercayaan kepada dia yang melampau, aku pernah melurus bendulkan diri aku percaya cakap dia yang makan kertas tu elok.
Jadi dia pernah sumbatkan kertas dalam mulut aku and paksa aku telan. Bila dah telan, dia pegang tengkuk aku dan cekik. Alasan beliau
"Kertas ni tersekat kat tekak awak, biar saya turunkan"
Dulu mak aku belikan aku pencil box yang ada magnet tu. Lebih kurang camni lah bentuknya
Aku ingat lagi time tu pencil box tu mahal nak mampus tapi ak aku belikan jugak untuk aku. Bila time kat tadika, member cina aku kata nak tukar pencil box aku, pencil box dia ada mainan atas dia yang ala ala pin ball tu, so aku pun tertarik dan tukar pencil box dengan dia.
Bila balik rumah, mak aku mengamuk habis dengan aku sebab tukar pencil box baru aku dengan orang punya. (lepas tu aku mengamuk dekat tadika pulak ugut budak tu bagi balik pencil box aku-gengster-)
4) 100%
Dulu time exam, aku rasa aku budak paling hebat dalam tadika tu. Sebab tiap kali exam aku mesti dapat 100% dalam semua subjek. (bangga nak mampus). Mana taknya exam pun senang nak mampus, setakat sambungkan titik nak membentuk satu huruf tu je kot. (gelak besar).
Haih, kalaulah Cambridge A Level sesenang begitu, alagkah bagusnya.(heaven)
5) Makanan free
Dulu tak payah nak fikir bawak duit or lunch box, ada makanan tersedia dekat tadika. Tapi sumpah aku tak mahu makan bubur buatan cikgu aku. Rupanya sangat tak menarik dan bila dapat bubur aku suka buang ke sinki. Tapi satu hari terkantoi dengan cikgu cina aku. Memang lepas tu aku melalak sebab kena marah.
#aku bagi korang gambaran bubur tu: Air garam jernih and ada dua tiga kacang tanah, bersama sama butir butir nasi yag tak hancur.
6) Tandas bergerak.
Dulu ada sorang budak gempal gempal sikit badan dia baru masuk kelas aku. Time tu kelas mandarin kalau tak salah aku. Tiba -tiba bau semerbak, bila aku toleh belakang, nampak selambak taik atas lantai.
"euuuuw"
Bila diingat ingat balik, time tadika aku ni memang nenek lawak. Suka sangat buat mende pelik and tak tahu malu.(seriously rasa nak gali lubang and tanam diri sendiri)
And aku akui dulu aku amatlah lurus bendul. Abah aku siap tipu aku kata internet takde waktu malam. (sampai hati abah tipu akak)
Tapi pengalaman buat kita lebih matangkan? Aku dah share aku punya cerita. Korang? Ada berani nak cerita?
Hasta La Vista Babe!
4 critics:
dulu waktu tadika saya suka makan je and kena buli..huhu sadis :(
wah... ingat lagi ye kenangan masa tadika... Yang saya ingat masa tadika dulu, saya pernah jadi penari boria semperna hari anugerah kecemerlangan tadika. Pakaian... Baju sukan je. Baju tu pula kena pinjam sbb mak tak beli... Hoho.. Memg mengelabahlah masa tu cari org nak pinjam baju... Last2 lepas menari dapat pensel box sbg penghargaan... Hahaha... Bab makan pun best jugak kot... Dah tak ingat lor...
hahahaha. suka suka! XD
@luqeem
haha, kesiannye
@bella
haha, nice one
@keroro
ske ape? :P
Post a Comment